subhanallah !! Wanita 10 anak Pertaruhkan nyawanya Demi selamatkan kucing

Seorang ibu 10 anak yang cuba menyelamatkan kucingnya, maut dirempuh sebuah kenderaan di Kampung Telok, di sini, Sabtu malam. Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa Nik Yam Nik Lah, 53, mengambil seekor anak kucing peliharaannya yang berada di tengah jalan. Lebih tragis, kemalangan ngeri itu 


turut disaksikan dua anak lelakinya yang berusia tujuh dan 12 tahun. Mangsa yang mempunyai 10 anak tercampak beberapa meter selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda itu. Anak mangsa, Mohammad Danial Hakimi Abdullah, berkata sebelum kejadian, dia dan adiknya Rosmira melihat seekor daripada tiga anak kucing milik mereka berada di tengah jalan. Katanya, dia mahu mengambil anak kucing itu namun dihalang seorang penunggang 


motosikal dan berikutan itu dia meminta ibunya yang baharu selesai memasak untuk mengambil anak kucing itu. "Ketika nak ambil anak kucing, sebuah kereta cuba memotong kenderaan di hadapan dan melanggar Umi (Che Yam) yang sedang pegang anak kucing itu. Umi kemudian melambung dan jatuh atas jalan. Anak kucing yang dipegang Umi juga turut mati dilanggar kereta itu," katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Kampung Sungai Gali, Kandis di 

sini, hari ini. Difahamkan, mereka bertiga tinggal di situ sejak dua bulan lalu dan menjalankan perniagaan kedai makan selepas Nik Yam tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya. "Biasanya jam 10 malam baru Umi memasak, tapi semalam (kelmarin) dia dah memasak gulai ayam awal jam 8 malam selain sempat beritahu dia penat dan nak berehat," katanya. Jiran arwah, Mek Hassan, 70, berkata arwah dan anak-anak memang gemarkan kucing dan baru saja 

memelihara tiga kucing yang diambil di Kedai Beris Kubur Besar dan dijaga dengan baik sejak mereka berpindah di rumah kedai di Kampung Telok itu. Katanya, ketika kejadian dia dan suami, Muhammad Awang Mat, 75, terdengar dentuman kuat sebelum anak mangsa memanggil mereka dan memberitahu ibu mereka dilanggar kereta.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/196097 

Artikel ISLAM-ID Lainnya :

0 komentar:

Posting Komentar

ISLAM-ID

Berita Islam Indonesia Inspiratif & Educatif

Scroll to top