Kejadian yang berlaku di Jordan itu, bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ini dibuang oleh ibunya di sebuah rumah kosong dan terbiar tanpa sebarang pakaian atau barang keperluan dipercayai mahu membiarkan bayinya mati di rumah tersebut.
Bagaimanapun, mujur seekor anjing berwarna kuning ini menjumpai bayi berkenaan dan menggonggongnya keluar dari rumah terbiar itu dan membawanya ke rumah seorang penduduk berhampiran.
Menurut sumber, bayi berkenaan yang masih bernyawa segera dihantar ke hospital untuk diberikan rawatan.
Netizen di media sosial pula tidak putus-putus memuji tindakan anjing itu yang dianggap lebih berperikemanusiaan daripada ibu bayi itu. - Thehypemedia
0 komentar:
Posting Komentar